Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala
seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya
selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia
memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam
bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia
merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab.
Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku
pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat Kalaulah
tidak karena terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas
mayat-mayat mereka, niscaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair
telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia
mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan
dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan
untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah
mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi
peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu
pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah
telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai
41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya
agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga
ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat
dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi
akan ke medan perang, “Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam
dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi
Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah
putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah
mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu,
aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah
mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh
Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah
bahwasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa.”
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang
bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah
kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada
Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa
tertunduk khusyuk mendengar nasihat bunda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah
dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh
kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah.
Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi
oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya.
Dan dapatkanlah puncaknya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga
kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat
tinggal yang kekal.”
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang
masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah yaitu solat Subuh,
kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau
surga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah
memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang
berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga
bermulalah pertempuran besar-besaran. 41.000 orang tentara Islam melawan
tentera Farsi yang berjumlah 200.000 orang. Pasukan Islam mendapat
tantangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki surga.
Berkat dorongan dan nasihat dari bundanya, mereka tidak sedikit pun
berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari
mereka bersyair,
“Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu,
telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang
keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita
buktikan sedikit masa lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul
pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang menyebar.
Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
“Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah
bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama
Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.”
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal
cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap
anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah
untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal
membawa kegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal
mewarisi kehidupan yang abadi.”
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah
pula karena ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak
membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang
bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku.”
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk
mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di
garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentara Islam pada mulanya
kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan
tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki
berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam
dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan
bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan
menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang
lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan
mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya,
akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh
pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah
teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat
menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang
gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu
berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu
terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah
tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa
keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita
itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus
memuji Allah dengan ucapan,
“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan
mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku
dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para prajurit yang masih
hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran
Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat
gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang artinya ibu kepada orang-orang
yang mati syahid.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)