Rasulullah s.a.w. bergaul dengan semua orang. Baginda s.a.w menerima
hamba, orang buta, dan anak-anak. Rasulullah s.a.w. bergurau dengan anak
kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua.
Akan tetapi Rasulullah s.a.w. tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, “Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta”, katanya.
“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”, kata Rasulullah s.a.w.. “Ia
tidak mampu”, kata perempuan itu. “Tidak, aku akan naikkan engkau ke
atas anak unta”.”Ia tidak mampu”.Para sahabat yang berada di situ
berkata, “Bukankah unta itu juga anak unta?”
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah s.a.w.:”Ya
Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu”. “Semoga suamimu yang
dalam matanya putih”, kata Rasulullah s.a.w. Perempuan itu kembali ke
rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan
keheranan, “Kenapa kamu ini?”. “Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa
dalam matamu putih”, kata isterinya menerangkan. “Bukankah semua mata
ada warna putih?” kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya
Rasulullah, doakanlah kepada Allah s.w.t. agar aku dimasukkan ke dalam
syurga”. “Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua”.
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan, “Tidakkah kamu membaca firman Allah s.w.t. ini:
“Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan
istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak
pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya
umurnya”.
Para sahabat Rasulullah s.a.w. suka tertawa tapi iman di dalam hati
mereka bagai gunung yang teguh. Na’im adalah seorang sahabat yang paling
suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya,
Rasulullah turut tersenyum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)