Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di
Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi
utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa
utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar
biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi
dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini
disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi. Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak
mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih
banyak lagi rahasia yang belum terungkap.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bundanya,
Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang
hamil.
Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang
datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa
beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat
manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah
memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan
memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah
disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu
rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan di laut
sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentara bergajah yang
disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia
diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar
bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan
menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran.
Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab
sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan.
Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari
langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar
bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara
itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih
tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar
dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana
Busra di Syria.
Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahwa cahaya itu datang dan menerangi
seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling
awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah
apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam
keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti
seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bundanya melihat awan turun
menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah
dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah
yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan
tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan
nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan
tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua
makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di
Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah.
Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi
pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada
berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha
Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan
berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak,
manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di
antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di
negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah
padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang
Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan
orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda
bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun
nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini
telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali
gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti
tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab
Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
Wallahu a'lam bish-shawab ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lucky Club Casino Site | Lucky Club
ReplyDeleteLucky Club Casino is owned by the Pools Entertainment Corporation and operated by Pools. It is owned by Pools Limited, Limited. It was founded in 2016 and luckyclub is owned by Pools Limited