Harun adalah abang kandung Nabi Musa. Kisahnya dalam al-Quran selalu
disebut bersama dengan kisah adiknya itu. Baginda mendampingi Nabi Musa
menemui Firaun untuk meminta agar Firaun melepaskan Bani Israil daripada
perhambaan. Mereka menyampaikan wahyu daripada Allah kepada raja Mesir
itu dan mengingatkannya serta meluruskan jalan hidupnya yang melampaui
batas (tidak rela melepaskan Bani Israel daripada perhambaan) serta
menyimpang daripada ajaran Allah SWT.
Dengan
lemah lembut, Musa dan Harun menghadapi keangkuhan Firaun yang mengaku
dirinya Tuhan. Akhirnya, Musa dan Harun berjaya membawa keluar Bani
Israil dari Mesir. Ketika sampai di sekitar Gunung Sinai, Nabi Musa
meninggalkan Bani Israel selama 40 hari untuk menemui Tuhan di puncak
Gunung Sinai. Harun ditugaskan menjaga kaumnya. Baginda sempat
mengingatkan mereka agar tidak menyembah berhala lagi.
Ketika
Musa masih berada di Gunung Sinai, Harun mendatanginya. Setelah
mendapatkan tugas dan perintah daripada Allah SWT, kedua-duanya segera
berangkat ke Mesir. Dengan ketabahan dan keteguhan iman, mereka menemui
Firaun di istananya. Dalam pertemuan itu, Nabi Musa menyampaikan wahyu
Allah SWT kepada Firaun dan meminta agar Firaun membebaskan Bani Israel
daripada perhambaan.
Harun memiliki kemampuan berbahasa lebih
fasih daripada adiknya. Oleh hal demikian itu, Musa memohon kepada Allah
SWT agar mengutuskan Harun mendampinginya menemui Firaun. Permohonan
itu bermaksud untuk membenarkan kata-kata yang disampaikan Musa, kerana
baginda khuatir Firaun tidak mahu menerima kata-katanya. Harun diangkat
oleh Allah SWT menjadi nabi dan rasul untuk membantu tugas kerasulan
Nabi Musa a.s.
Ketika hendak mendatangi Firaun, mereka
diperintahkan oleh Allah agar mengaku sebagai utusan Allah kepada
Firaun. Mereka menghadap Firaun dengan membekalkan bukti-bukti kerasulan
mereka daripada Allah. Bani Israel menyembah patung lembu yang
diperbuat daripada emas dan melupakan Tuhan ketika Musa berada di puncak
Gunung Sinai untuk bertemu Tuhan. Harun tidak berdaya menggalas tugas
yang diamanahkan kepadanya oleh Nabi Musa.
Ketika hendak menerima
wahyu Allah SWT di Gunung Sinai, Harun diserahkan untuk memikul amanah
oleh Musa untuk memimpin Bani Israel. Selama ditinggalkan oleh Musa,
kaumnya membuat kekacauan. Dalam suasana itu, muncul Samiri yang mengaku
layak menjadi pemimpin Bani Israil. Dia membuat patung anak lembu emas
sebagai sembahan. Melihat kaumnya yang kufur itu, Harun berusaha
mengingatkan akan kesesatan mereka. Baginda berusaha menghentikan
kekufuran kaumnya, namun hati mereka benar-benar keras.
Setelah
pulang dari Gunung Sinai, Musa marah kepada kaumnya dan menegur
abangnya, Harun. Oleh sebab berasa marah dan sedih, seperti dikisahkan
di dalam al-Quran, Musa melemparkan 'loh-loh' (Taurat) yang baru
diterimanya daripada Allah dan memegang rambut Harun, sambil menariknya
ke arahnya. Sesudah amarahnya reda, barulah diambilnya kembali 'loh-loh'
(taurat) itu, kerana di dalam tulisan Taurat itu terdapat petunjuk dan
rahmat untuk orang-orang yang takut kepadanya. Nabi Harun a.s wafat
terlebih dulu daripada Nabi Musa a.s dan dimakamkan oleh Nabi Musa a.s
di Bukit Hur (Jabal Harun) di Semenanjung Sinai.
Friday, 18 October 2013
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)